Perlukah Aku Meluahkan Semua Ini?
Thursday, 2 May 2013 | 02:12 | 0 comments
Salam you alls,
Saya dah lama kenal dengan awak. Sejak dari sekolah menegah lagi. Sejak form 1 to be exact. kitew b'kwn dari bulan 1 hingga sekarang bulan 5 ..Memang rapat...Macam belangkas. Sampaikan mak dan abah jadi risau tengok kita rapat sangat, lebih-lebih lagi bila dah dewasa. Saya perempuan, awak lelaki. Tentu mak dan abah risau tengok kita macam belangkas bersama. Mak dan abah ingat kita pasangan bercinta. Sayang sangat kat awak. Awak sahabat saya, bahu saya, tisu saya, penasihat saya. Sayang sangat kat awak, sahabat saya.
Tapi, entah sejak bila sayang saya pada awak sebagai sahabat saya bertukar jadi cinta kekasih. Menakutkan bila saya sedar perasaan saya pada awak dah berubah. Rindu saya pada awak bukan lagi sebab rindukan sahabat. Rindu saya sebab cinta.
Pada mulanya saya cuba menipu diri sendiri, kata saya tak cintakan awak. Tapi kelamaan saya tahu dan sedar saya tak boleh lagi menipu hati saya. Keliru.
Akal saya kata, jangan kerana perasaan cinta saya pada awak saya kehilangan sahabat baik saya.
Hati saya kata, tak salah cintakan sahabat baik sendiri. Luahkan lah perasaan cinta itu agar kalau ada jodoh akan bertaut.
Kemudian akal saya kata lagi, macamana kalau cinta saya tiada balasan serupa dan saya kehilangan sahabat baik saya kerana luahan hati saya itu?
Sekarang ini, akal dan hati saya tak berhenti berbalah. Patutkah saya luahkan cinta saya pada awak, wahai sahabat baik ku? Patutkah? Berbaloikah?
Assalamualaikum, me ! Nurin, budak baru di blog, sorry kalau blog saya tak awesome ! like you ? , nak follow ?, Nurin alu alukan sangat ^^ " kalau ada idea, meh la share sikit !, okay, tak ada apa lagi yang nak ditaip, rasa sampai sini jelah, okay bhaii ! Assalamualaikum ! ^^ '