Timbul Perasaan Cinta
Tuesday, 11 June 2013 | 01:32 | 0 comments
Salam to All~
Semalam aku dah menjalani satu sesi luahan perasan dengan
seorang teman.
Bukan nak ceritakan tentang isi kandungan sesi itu secara
mendalam.
Cumanya hanya ingin berkongsi sedikit pendapat yang aku dapat
dari temanku itu.
Sebelum itu juga aku pernah terbaca di satu blog bertajuk
'menjadi manusia single'.
Banyak komen yang aku baca kat situ.
Semuanya ada pandangan masing-masing.
Single is simple
Single lagi best
couple lagi best
couple itu mengasyikkan
couple itu membuang masa

Dan macam-macam lagilah.
Yang menarik bagi aku semasa sesi hati ke hati semalam,
ayat ni..

'Bodohnya diri jika hanya kerana seorang
kekasih meninggalkan kita,
kita menangis semahunya,
tidak makan dan tidak menjalani hidup seperti biasa atau
mugkin lebih teruk,
cubaan membunuh diri.
Cuba fikir,KEKASIH itu kah yang menyara hidupmu dari
kecil?
KEKASIH itukah yang membesarkanmu?
KEKASIH itukah yang menyusukanmu?
Atau tanpa dia,benarkah kamu sudah tidak ada tempat
bergantung?'
Tiba-tiba aku terfikir,betul jugak tu.
Kekadang,tengok orang lain menangis bagai nak rak sebab frust,
aku just think positive,
mungkin itu salah satu cara dia hilangkan rasa sedih dan frust dia.
So,biarkan.
Memang benar,kita amat sensitif jika berkaitan hati ni.
Tapi,sensitiviti itu kenalah bertempat..mungkin kita harus start
berfikir begitu
(pesanan untuk diri ini juga)
Tapi,rasanya pandangan aku itu tidak salah,bukannya semua orang
menangis dan frust menonggeng masa putus cinta.
Ada je teman-teman yang aku kenal,rilex je.
Baik lelaki mahupun perempuan.
Yang lelakinya,bila si teman wanitanya mintak putus,terus cakap
'OK' .
then terus blah. COOL JE =)

Ada juga pernah terdengar dari kawan-kawan,
'aku putus dengan dia sebab aku orang ke-8 sedangkan
dia orang pertama bagi aku' Aku senyum je.
Biasalah lumrah hidup.
Aku buat assumption 'mungkin dia tengah cari the right one..'
kawan aku geleng kepala.
'kalau ke 2 or ke3 aku boleh terima,tapi ke-8?
nampak macam dia tak boleh hidup tanpa perempuan.'
Hmm..terserahlah..masing-masing punya pandangan
masing-masing.

Sama ada punya couple atau tidak lagi menyelesakan,
itu pandangan masing-masing.
Setiap manusia tidak sama pemikiran dan keperluan.
Jadi,tak bolehlah kita nak condemn satu-satu pandangan itu mengatakan
TIDAK,ini betul,itu salah =)

,kalau sudah punya orang istimewa dalam hati.
Jagalah betul-betul.
Dont make him/her rasa bosan.
Ataupun menampakkan yang anda lebih pentingkan benda lain dari
dia.
Mana yang dipilih,dia pergi atau disisi?
heheeh
Sebab sesetengah tu.
Hati memang sangat sayang,mulut pun tak pernah lekang
ungkapan sayang dan cinta.
Sekali,bila tengah syok buat hal dia..
lupa sudah kewujudan insan istimewa itu.
Dia lari karang..ha.,apa mau bikin? =)

Dalam dunia ni,macam-macam yang perlu kita kejar.
Jangan kerana kita tercicir satu benda,kita sanggup melepaskan
something yang kita dah nak capai untuk berpaling semula
mengutip benda yang tercicir itu. =)
(ok,kalau ada yang tak puas hati dengan ayat ni,jgn ajak aku masuk court
ye..ini cuma pandangan aku je)

just remember this
Assalamualaikum, me ! Nurin, budak baru di blog, sorry kalau blog saya tak awesome ! like you ? , nak follow ?, Nurin alu alukan sangat ^^ " kalau ada idea, meh la share sikit !, okay, tak ada apa lagi yang nak ditaip, rasa sampai sini jelah, okay bhaii ! Assalamualaikum ! ^^ '