w i f u e
wifeu of your bias
about bias stuff link home skins twitter tumblr follow blogskins
Petanda Dia Jodoh Kita
Tuesday 11 June 2013 | 01:36 | 0 comments




Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh
 Allah yang maha Esa.


Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang

 ditakdirkan untuk kita?


Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk 

mendengar,mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.


Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan

 rahsia cinta yang ditakdirkan.



Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup

bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki 

ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya.


Apabila bersama, masing-masing dapat merasai 

kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.
Benarkah ia seperti yang diperkatakan?




Firman Allah SWT,bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah,

nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" 

(Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.


Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan,

cara ketawa serta cara makan dan minum.
Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
 Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, 
sah dia sedang berlakon.
 Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon.


 Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat,

maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.

Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama



Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan,

jemu ataupun tertekan pada diri kita.


 Semakin hari semakin sayang kepadanya.

Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya.
 Rasa senang sekali apabila bersama.
 Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan
 rasa ingin berjumpa dengannya.
 Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.
 Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas 
kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
 Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.
Yang penting, siapa kita sekarang.


 Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya,

dia tidak ambil hati langsung.
Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
 Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya.


Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia

menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur



Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan 

tidak menyalahi hukum hakam agama.
Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.
 Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan.
 Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.


Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,

kebahagiaan menjadi milik kita.


 Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling 

penting bagi suatu hubungan.


 Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak 

daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita.


 Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan 

percintaan yang sejati.
Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri.


Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat 

mengurangkan beban yang ditanggung. 

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih,
 adakah rahsia kita selamat di tangannya?


 Bagi mereka yang berjodoh, 

sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain

 timbul dari dalam hati nurani mereka.


 Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia 

kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.


Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya 

dan kita pasti rahsia kita selamat.
 Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.
 Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama



Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam 

jangka masa yang panjang,kita dan dia perlu saling bekerjasama 

melalui hidup ini.


\Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu 

perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu 
pasangan dan meringankan tugas masing-masing.


 Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini

 dengan melakukannya bersama-sama.


 Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan 

orang lain dan kita senang melakukannya bersama.
 Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada 
masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya.
 Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.
Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. 
Semasa kita sakit dia bawa ke klinik.


 Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. 

Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu.
Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi.
Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada
untuk kita.
 Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. 
Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
 Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka,
di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi 
pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini.
 Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang s
empurna daripada segala sudut. 
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.


 Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita,

dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan

bersedia memberitahu kita.


 Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui 

kelemahan di hadapan kekasihnya.
 Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
 Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak 


mandi dua hari,

dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.


Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk 

masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati


Dengarlah kata hati.


 Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat 

mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
 Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu 
perasaan masing-masing.


 Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan

 dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. 
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.
 Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata
 hati dan buatlah pilihan. 
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT.


 Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya 

ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan

 peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.


 Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan 

sembahyang Istikharah dan memohon supaya 

Allah memberikan petunjuk,
insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya.
 Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
 Jika tidak, tolaklah dia dengan baik.


 Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan 

kebahagiaan hidup di dunia. 
Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya 
dan terus berdoa.


 Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.